Nabi berpesan kepada Umar dan Ali : “ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ” Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali : “ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.” Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu : “ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “ Nabi menjawab : “ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.” Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab : “ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ” Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa. Memang benarlah firasat seorang Nabi,
Blogroll
Blog Archive
Wordpress Theme by QualityWP | Conveted by ThemeLib.com Blogger Blog Templates
- razzyy.com
- Asal: Kelantan Darul Naim, Tempat Bertugas:SMK Rapat Setia,Ipoh,Perak
About Me
Thursday, October 6, 2011
Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keredhaan Allah swt, dengan hanya berusaha dan berkorban lebih sedikit.Oleh itu marilah sama-sama kita merebut keuntungan-keuntungan yang dijanjikan Allah swt,di akhirat nanti. Janganlah hendaknya kita dilalaikan dengan tidak solat berjemaah seperti di masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah kita.
Thursday, June 23, 2011
PERTAMA : Perseteruan Dan Kebencian - ianya merupakan sebab yang paling kuat dan paling jelas. Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana yang menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud :
"Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya..."
( Surah Ali Imran : Ayat 120 )
KEDUA : Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan - iaitu terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya. Jika ada di antara mereka yang setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada tentang pangkat atau ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.
KETIGA : Angkuh (Takbur ) - angkuh serta meninggi diri dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab Jahiliah.
KEEMPAT : Ta'ajub - rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dan sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya ( suka diampu ). Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya.
KELIMA : Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai - perasaan ini terkhusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau cita-cita yang yang sama, seperti adik-beradik yang berhasad dengki sesama mereka bagi mendapatkan kepercayaan bapanya. Perasaan ini juga banyak terdapat di kalangan orang-orang politik yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan pengaruh daripada pemimpin atasan. Jika sampai ke tahap orang lain itu boleh menyekat cita-cita ataupun menghalang matlamatnya, maka hasad dengki akan menguasai dirinya bagi membolehkan dirinya berjaya dan pesaingnya gagal.
KEENAM : Gilakan nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang tertentu - seperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjungi dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikan, jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ianya lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan yang dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpa ada tandingan atau saingan.
KETUJUH : Busuk Hati - hasad yang berpunca daripada busuk hati ini payah untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirinya. Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lainpun beliau sanggup mempertikaikan Allah kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.
KESIMPULAN : Jika dalam diri kita bermaharajalela hawa nafsu yang berpunca daripada ketujuh-tujuh sebab ini, maka akan lahirlah perasaan hasad dengki dan khianat dalam diri kita. Jika ianya tidak dapat dihindarkan ataupun kita tidak berusaha untuk menepisnya keluar dari dalam hati kita, maka hasad dengki dan khianat ini akan sebati dalam darah daging kita. Justeru, cara merawatnya supaya sifat hasad dengki ini terhindar dalam diri kita ialah dengan kita melakukan tindakan-tindakan positif yang bertentang dengan maksud ketujuh-tujuh punca kejahatan yang disebutkan di atas.
Sunday, March 27, 2011
Assalaamu’alaium wr. wb.
Saya pernah membaca dalam uraian ustaz tentang dibolehkannya shalat di lantai rumah atau pejabat tanpa alas/sajadah asalkan tidak kelihatan ada benda najis yang tampak.
Saya menjumpai keadaan sebagai berikut: Di rumah saya ada seorang bayi berumur lebih dari 1 tahun dan sudah memakan makanan lain selain susu ibu. Kadang-kadang, air kencing bayi tersebut membasahi lantai rumah kami, dan kami hanya mengelapnya dengan kain basah. Setahu saya, ini bukan cara bersuci yang benar, kerana sepatutnya menggunakan air yang mengalir, bukan dengan lap basah.
Guru mengaji saya mengatakan hukum dari lantai rumah tersebut adalah najis hukmiyah meskipun bekas kencing bayi sudah tidak kelihatan. Kerana itu, menurut guru mengaji saya, tidak sah shalat di atas lantai rumah saya tanpa alas yang suci.
Pertanyaan saya:
1. Apakah ada pendapat ulama’ terdahulu tentang najis hukmiyah?
2. Sah atau tidak, shalat di lantai rumah yang kadang-kadang terkena kencing bayi tanpa disucikan dan bekas air kencing sudah kering/tidak tampak.
Terima kasih atas jawapan dari Ustadz,
Wassalaam,
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Menghilangkan najis itu memang dilakukan dengan air sebagai medium untuk mensucikan. Namun bukan bererti air mesti dialirkan sehingga membanjiri benda yang kena najis.
Yang dimaksud dengan penggunaan air adalah bahawa sebuah najis dihilangkan dengan menggunakan medium air. Dan lap yang basah itu pada hakikatnya merupakan air juga. Sehingga najis yang ada dilantai boleh dihilangkan setelah hilang baunya, rasanya atau warnanya. Baik dengan menggunakan medium air atau pun medium lainnya.
Sebab inti masalahnya bukan pada airnya, melainkan semata-mata pada hilangnya najisnya itu, apapun mediumnya.
Yang sedikit lebih detail dalam masalah najis adalah mazhab Asy-Syafi’i. Di dalam mazhab Asy-Syafi’i sebagaimana yang tertwang dalam kitab Kasyifatus-Saja, disebutkan bahawa memang ada dua jenis najis.
Pertama adalah najis yang kelihatan kenajisannya. Najis ini disebut najis ‘ainiyah. Asal katanya dari kata ‘ain yang bererti mata, kerana najis itu kelihatan dengan mata telanjang. Yang menjadi ukuran adalah warna, rasa dan bau. Najis jenis ini dihilangkan dengan menghilangkan ketiganya.
Kedua adalah najis hukmiyah, yaitu najis yang tidak nampak oleh mata. Lantaran sudah tidak ada lagi rasa, warna atau bau. Najis jenis ini dihilangkan hanya dengan mengalirkan air di atasnya sekali saja.
Maka cara membersihkan lantai yang diketahui pasti pernah ada najisnya tapi sudah tidak kelihatan lagi adalah dengan cara menuangkan air di atasnya lalu dilap dan dikeringkan. Tentu saja bukan dengan membanjiri seluruh lantai, cukup pada bahagian yang diyakini pernah ada najisnya saja. Jadi cukup dengan sedikit air saja lalu dilap dan sucilah lantai itu.
Perlu diingat bahawa najis hukmi itu tidak boleh dibuat-buat dengan sangkaan-sangkaan. Tapi hanya ada manakala kita tahu pasti bahawa di lantai itu memang pernah ada najisnya. Kita tahu dengan mata kepala kita, bukan dengan meneka-neka atau menduga-duga. Sebab asal segala sesuatu adalah suci. Dan tidak pernah menjadi najis kecuali ada sebuah fakta nyata bahawa memang ada najis secara hakiki. Lalu bila najis itu tiba-tiba tidak nampak lagi, maka jadilah lantai itu najis hukmi.
Maka tidak mungkin terjadi tiba-tiba ada lantai yang najisnya menjadi hukmi. Tetapi pasti melewati proses najis ‘aini terlebih dahulu.
Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Wednesday, February 23, 2011
Mediafire adalah sebuah laman web yang digunakan untuk upload file agar file tersebut boleh di muat turun (download) oleh orang lain. Bagaimana caranya?
1. Pergi kat http://www.mediafire.com
2. upload file to mediafire(click kat kotak hijau yang besar dimana tertulis upload file to media fire).
3. Pilih file yang hendak dimuat naik.
4. Apabila siap akan ada link untuk share jadi link tu lah yang digunakan untuk bagi kat siapa2 atau letak dalam forum atau blog untuk orang download file tu.



