Rebutlah lima perkara....


busy Sudah lama Randau Ruai ini tidak diupdate lantaran kesibukan yang membelenggu diri...dan dikesempatan masa terluang tengah rilek-rilek kat Hotel Zuhra Sibu ni,aku luangkan sedikit masa untuk meng'update' blog Randau Ruai ini.Sebagai makluman,aku menyertai Kontigen Miri ke MTAQ Peringkat Negeri yang diadakan di Sibu.Kontigen Miri sampai ke Sibu pada hari ahad lepas. Esok(30/4/2009), Insyaallah Kontigen Miri akan balik semula ke Miri..

Okeylah,kita tinggalkan kisah kontigen Miri...kerana apa yang ingin aku bicarakan kat sini ialah tentang masa atau kelapangan yang diberikan oleh Allah kepada kita yang kebanyakan dari kita tidak menggunakannya sebaik mungkin sebagai hamba Allah dimuka bumi ini...Aku ingin ingatkan diriku sendiri khasnya dan pembaca Randau Ruai ini dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.

Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.

Oleh itu,cubalah muhasabah diri kita...adakah masa kita yang diberikan oleh Allah ini digunakan dengan sebaik mungkin atau sebaliknya.Adakah hanya dihabiskan untuk perkara yang tidak sepatutnya...perkara yang hanya mendatangkan keseronokan semata-mata atau mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. ...bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

Walaupun aku 'highlight'kan hanya kepada kebijaksanaan menggunakan masa dengan sewajarnya...perlu diingat kita semua sewajibnya mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan perkara yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh......"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS