Akibat bakhil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku . Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”
“WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hikmah Musibah Menimpa

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.

Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Moral of the story' dari kisah itu...

Ada kesalahan yang hukumannya ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi. Jangan lupa apa yang berlaku kepada Firaun laknatullah....dia tidak pernah sakit hinggakan terbuai dengan nikmat itu sampai sanggup mengaku dirinya Tuhan dan akhirnya mati lemas dalam Laut Merah dalam keadaan terhina.

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Siapa yang tahu hikmah di sebalik ujian dan musibah Allah terhadap hambaNya? Namun yang pastinya ada hikmah yang kita tidak mengetahuinya.

Saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah,kita perlu yakin dan percaya,setiap penyakit atau musibah yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.Pernah aku dengar dari seorang penceramah,katanya para sahabat dahulu akan merasa "terpinggir" dari kasih sayang Allah andainya mereka tidak diberi musibah dalam satu minggu atau dalam beberapa hari.Hebat kan?Bukan maksudku memohon Allah memberikan musibah kepada kita,tapi sebagai motivasi kepada kita agar bersabar dan bersangka baik dengan Allah andainya kita diberi sesuatu penyakit atau musibah.Bersangka baik dengan Allah di atas ujian yang menimpa bertujuan untuk menguji keimanan dan pergantungan kita kepada Allah serta percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian

Di samping bersabar dengan penyakit yang dihidapi,kita digalakkan dan dituntut agar berusaha untuk mencari penawar atau ubat kepada penyakit tersebut.Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Riwayat Abu Sunnah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Iblis bertemu Rasulullah


w0070 Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"
Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

w0156 Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Imam Hassan al-Banna

Dipetik dari http"//muscom.iluvislam.com ,layari laman web ini untuk teks asal.


Beginilah beliau syahid…


imam_shahid_hasan_al_banna01_320 Akhirnya setelah kawalan ketat dilonggarkan, surat khabar telah berjaya menyiarkan bagaimana cara syahidnya as syeikh Hasan Al Banna Rahimahullah dan bagaimana beliau dikebumikan. Sesungguhnya tujuan laporan dan kesimpulan sekitar peristiwa ini dari sejarah zaman ini adalah untuk dikenali oleh generasi yang akan datang (yang baru muncul).


Kira-kira pukul lapan setengah petang, Sabtu, 12 Februari 1949 Masehi, as syeikh Hasan AlBanna bersama abang iparnya al ustaz Abdul Karim Mansur, seorang peguam meninggalkan pejabat agung jamaah Al Ikhwan di Jalan Malikah Nazili di Kaherah. Beliau memanggil sebuah kereta dan kemudian menaikinya bersama iparnya itu. Semasa kereta itu memusing untuk membawa as syeikh AlBanna dan rakannya kepada tujuannya dari pintu jamaah Al Ikhwan menuju ke Jalan Malikah Nazili, tiba-tiba seorang pemuda yang bersongkok putih, mengacukan sepucuk pistol dan terus melepaskan tembakan kepada orang-orang yang ada di dalam kereta itu. Tembakan pertama menembusi dada kanan as syeikh Hasan Al Banna. Apabila beliau cuba menoleh ke arahnya, penceroboh itu menembak lagi sebanyak lima das di belakangnya, beliau cuba berdiri kerana terkejut tetapi ditembak lagi di paha kirinya. Pemandu kereta itu sempat membaringkan dirinya di atas kusyen tempat duduknya. Sejurus kemudian setelah tersedar dari kebingungannya, pemandu itu bersegera memecut keretanya ke pusat rawatan. Doktor yang merewat dapat melihat betapa gawatnya keadaan as syeikh Hasan Al Banna, diperintahklan supaya as syeikh Hasan Al Banna dipindahkan ke rumah sakit ‘Qasru al Aini’. Di sana ternyatalah bahawa Hasan Al Banna telah ditembak dengan pistol sebanyak dua kali menembusi dadanya dan memecahkan sebatang dari tulang rusuknya sekaligus merosakkan bahagian dalam tubuhnya.


Manakala keadaan peguam itu tidaklah begitu mencemaskan . Darah pun dimasukkan ke dalam tubuh Hassan Al Banna. Akhirnya pada pukul dua belas beliau kembali ke rahmatullah akibat lukanya.


Bagaimanakah mereka mengebumikan Assyahid Hasan AlBanna?


Akhbar “Al Kutlah” yang diterbitkan oleh al ustaz Mukram Ubaid Basya menyiarkan berita pengebumian al Imam Assyahid dengan segala situasi serta keganasan yang mengerikan yang berkaitan dengannya. Barangsiapa yang membacanya pasti akan mengutuk orang-orang yang zalim dan jahat itu.


Mereka-mereka yang durjana itu menangkap sesiapa sahaja yang memberi takziah, mereka melarang orang ramai melakukan solat jenazah untuk al marhum, melarang orang ramai membaca Al Quran ke atas rohnya. Kemudian berita bersejarah ini disiarkan di dalam akhbar tersebut.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Menempuhi PMR


Bermula 13 Oktober 2008,pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh negara menduduki peperiksaan PMR. Di Kolej TDT Hj Bujang,Miri, seramai 104 orang calon PMR yang menduduki peperiksaan.

Pada tahun ni,ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh B&K(aku salah seorang AJK B&K),pelajar-pelajar Islam diminta ke Surau al-Hidayah (nama surau kat kolej)untuk solat hajat bersama guru-guru dan ibu bapa yang hadir...berdoa bersama-sama...bersalam-salaman mengeratkan silaturrahim (kalau kat Semenanjung,tak sempat rasanya nak solat hajat...kat Miri ni tak pe la...pukul 6.09 pagi,Subuh dah melabuhkan tirainya)....sebelum ni memang tak de diamalkan sepert ini,tahun ni sebagai permulaan.Selepas itu,calon-calon PMR diberikan buah kurma untuk memberikan tenaga yang sebaiknya semasa menjawab dan untuk mengambil berkat dan kelebihan dari buah kurma tersebut.

Sebelum memasuki dewan peperiksaan,salah seorang calon akan membaca doa memohon dipermudahkan segala urusan dan bersalam-salaman antara guru dan pelajar sebagai memohon restu sebelum menempuhi peperiksaan,sama seperti yang diamalkan tahun sebelumnya.Begini la sedikit sebanyak 'tentatif' harian sepanjang minggu peperiksaan di Kolej TDT Hj Bujang,Miri yang dapat dikongsikan bersama.

Semoga cemerlang dalam PMR.


DSC00012


Cikgu Monir sedang mengagihkan buah kurma kepada pelajar.

IMG_0951

Calon-calon PMR 2008 sedang berada di Dewan Kuliah sebelum masuk ke dewan peperiksaan

IMG_0952

Bacaan Doa memohon keberkatan dan ketenangan jiwa (yg tak tadah tangan tu,pelajar non-muslim)

IMG_0953

Bersalam-salaman dengan guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Solat Hajat Perdana

Gambar sekitar Majlis Solat Hajat Perdana peringkat Kolej TDT Hj Bujang 2008 yang diadakan pada tengahhari tadi.Majlis dimulakan dengan bacaan Yaa Sin,Solat Zohor berjamaah ,Solat Hajat dan Mohon Restu.Majlis diakhiri dengan jamuan makan. Al-hamdulillah,ramai ibu bapa yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Klik pada gambar untuk paparan yg lebih besar

IMG_0754 IMG_0820

IMG_0758 IMG_0762

IMG_0847IMG_0909




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kambing Panjat Pokok

goat-tree3

tree_goat_4_49

tree-goat-3

Ni bukan trick gambar menggunakan photoshop atau sebagainya,tapi memang gambar betul.Percaya atau tidak,itulah fenomena dan hakikatnya.Kambing-kambing yang mempunyai hobi hebat ni hanya terdapat di Maghribi,atau Morocco.Nak tau sebab apa kambing-kambing ni berbuat demikian...sebabnya kambing-kambing ni menggemari sejenis buah yang terdapat pada pokok argan ni.Buah ni lebih kurang buah zaitun. Lebih best lagi,selepas kambing-kambing ni makan buah-buah ni,para petani akan mengekori kambing-kambing ni untuk memungut sejenis kacang yang akan diluahkan oleh kambing-kambing ni kerana tak dapat menghadamnya.Kacang-kacang ni dapat ditukar menjadi sejenis minyak yang akan digunakan dalam masakan dan juga bahan kosmetik...hebat kan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS