Gambar-gambar Ka'bah dan Masjidil Haram sekitar 100 tahun yang lampau.
Gambar dalam Masjidil Haram pada tahun 1297 hijrah(1880 miladi) 127 tahun yang lalu.
Gambar Ka'bah Al-Musharrofah pada tahun 1371 Hijri rasul lebih kurang 58 tahun lepas, sebelum malaysia merdeka lagi.
Rasanya gambar ini lahir sezaman dengan yang diatas kot
Pemandangan lebih 100 tahun lampau di Mecca
Masjidil haram di satu masa yang lalu
Tidak dapat dipastikan tahun, mgkin 100 tahun dulu ni
Ka'bah yang mulia
Banjir di dalam Masjidil Haram
Maqom Ibrahim, makam Nabi Ibrahim a.s ini bukanlah kubur Nabi Ibrahim sebenarnya tapi bekas tapak kaki baginda.
Telaga zam-zam
Inilah Masjidil Haram sekarang,
Sumber:http://muhibmahbub.blogspot.com
Gambar-gambar Kaabah
25 Tanda Penyakit
Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
- 1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
- Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
- Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
- Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
- Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
- 2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
- Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Bersin ;
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- 3.BATUK
- Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
- Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
- 4.KERONGKONG
- Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
- Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
- 5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
- Bibir pucat
A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
- 6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
- Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
- Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
- Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
- 7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
- Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
- Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
- 8.KULIT BERPELUH :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
- 9.RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
- 10.KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
- 11. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
- 12. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
- 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
- Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
- Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
- 14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
- 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
- Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
- 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
- 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
- 18. KENCING
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
- 19. BUANG AIR BESAR
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
- 20. BADAN
A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.
- Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
- 21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
- 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
- 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
- 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
- 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.
Sumber:http://pakarhowto.com
Pramugari dan ulamak
Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..
Solat Dhuha
Solat Dhuha :
Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu solat Dhuha:
Ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya:
Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Niat solat Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Doa solat Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Akibat perbuatan dosa
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, ! Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut(kalut-kalut) tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri di belakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa y! ang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu! panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.
Petikan dari: Mastika
Haid dan Permasalahannya
Sempena ibadat haji yang akan berlangsung tidak beberapa lama lagi,aku muatkan dalam Randau Ruai ini satu artikel dari Tabung Haji yang amat berguna kepada bakal jemaah haji khususnya,dan kepada seluruh muslimah amnya.
Bersama Tabung Haji
Oleh Tengku Aziz Raja Abdullah
MASALAH haid kadangkala mengganggu kelancaran wanita mengerjakan ibadat haji dan umrah. Oleh itu, satu kefahaman dalam masalah ini perlu difahami dan diberi perhatian oleh wanita.
Wanita yang didatangi haid diharam sembahyang, puasa, tawaf, duduk dalam masjid, bersetubuh, menyentuh dan membaca Al-Quran.
Darah haid keluar paling minimum ialah satu hari satu malam (24 jam), manakala tempoh maksimum ialah 15 hari 15 malam dan tempoh kebiasaannya antara tiga hingga tujuh hari mengikut kebiasaan individu.
Jika haid keluar satu hari satu malam kemudian berhenti satu hari satu malam atau darah haid keluar dua atau tiga hari, kemudian berhenti dua hari secara umum, Mazhab Syafie berpendapat hari yang darah keluar dan hari darah berhenti dikira tempoh haid.
Dalam Al-Iqna ditambah tiga syarat :
-
Hari darah terhenti dan hari darah keluar tidak melebihi 15 hari.
-
Tempoh darah terhenti dan keluar tidak kurang daripada satu hari atau satu malam iaitu tempoh minimum haid.
-
Hari suci atau tempoh suci yang menyelangi antara dua haid tidak kurang daripada 15 hari.
-
Tempoh suci antara dua haid ialah 15 hari. Ulama fiqh bersepakat bahawa warna darah haid pada hari kebiasaan ialah kehitaman, merah, kuning dan keruh. Warna kuning dan keruh yang keluar hari kebiasaan haid dikira sebagai darah haid.
Darah yang keluar selepas hari kebiasaan haid tidak dikira sebagai haid. Oleh itu, jika masalah itu berlaku ke atas jemaah haji ketika berada dapatlah melakukan ibadat di Makkah dengan sempurna tanpa ragu-ragu.
Tanda wanita suci daripada haid ialah kering tempat darah keluar (faraj) tanpa ada kesan warna darah, sama ada merah, kuning atau keruh yang tinggal pada kapas atau seumpamanya yang dimasukkan dalam faraj sekadar hujung jari. Jika kapas atau yang seumpamanya itu didapati basah dan tidak ada kesan warna seperti di atas, itu juga sudah dianggap suci.
Putih bersih bermaksud apabila kapas atau seumpamanya yang dimasukkan dalam faraj sekadar hujung jari didapati putih, bersih, kering atau masih ada kebasahan yang putih jernih ia juga dianggap bersih.
Permasalahan wanita dalam haid ialah :
-
Keluar darah selepas tempoh maksimum haid
Bagi wanita yang pertama kali datang haid, Mazhab Syafie berpendapat, hendaklah mengira darah haidnya satu hari satu malam saja iaitu tempoh minimum haid. Darah keluar selepas satu hari satu malam adalah dikira sebagai darah istihadah.
Bagi wanita pertama kali datang haid tetapi dapat membezakan antara darah haid atau tidak, maka Syafie mensyaratkan dengan tiga syarat iaitu tempoh darah yang keluar tidak kurang daripada tempoh minimum haid (24 jam), darah yang keluar tidak melebihi tempoh maksimum haid (15 hari) dan tidak kurang daripada tempoh minimum suci antara dua haid.
Bagi wanita yang sudah biasa mengalami haid dan dapat atau tidak dapat membezakan warna darah. Wanita ini hendaklah mengira tempoh haid mengikut kebiasaan haidnya. Darah yang keluar melebihi hari kebiasaan haidnya hendaklah dikira sebagai darah istihadah.
-
Darah yang keluar ketika hamil
Wanita yang keluar darah ketika hamil adalah darah haid. Dalam Ashab Al-Syafie berpendapat jika wanita hamil mendapati darah keluar seperti hari kebiasaan haidnya dan sifat darah itu juga sama dengan sifat darah haid, maka darah itu dikira sebagai darah haid. Jika darah itu keluar pada hari yang bukan hari kebiasaan haid, maka darah itu bukan darah haid.
-
Darah keluar selepas putus haid
Tiada had pada tempoh haid. Namun, umur kebiasaan bagi perempuan putus haid adalah di antara umur 49 hingga 62 tahun. Walau bagaimanapun, menurut pandangan perubatan, putus haid berlaku apabila tiada lagi benih aktif yang dapat mengeluarkan hormon. Jika ada, mungkin tidak aktif.
Kebanyakan wanita Malaysia putus haid pada purata umur 49 hingga 50 tahun. Pada pandangan perubatan, wanita akan dikira benar-benar putus haid apabila tiada haid selama enam bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, jika ada haid lagi selepas putus haid, ia bukan darah haid tetapi darah penyakit. Oleh itu, pemeriksaan dengan doktor perlu untuk menentukan darah itu darah haid atau tidak.
-
Angin keluar melalui (qubul) faraj
Pada pandangan Mazhab Syafie, angin yang keluar daripada faraj wanita atau zakar lelaki adalah batal wuduk (ada orang yang mengalami keadaan sedemikian). Walau bagaimanapun, jika angin tidak keluar daripada permukaan faraj dan hanya berada di dalam saja, maka ia tidak membatalkan wuduk.
-
Kelembapan faraj
Kadangkala berlaku kelembapan pada faraj. Kelembapan ini adalah sifat faraj menghasilkan lelehan untuk mengelakkan kulit mukosa daripada melekit dan mengering. Ulama fiqh berpendapat, kelembapan faraj akibat daripada lelehan yang dihasilkan mukosa tidak membatalkan wuduk. Bandingan sama keadaannya dengan seorang yang menjulurkan lidahnya keluar daripada mulut dalam keadaan lidah itu basah dan lembap air liurnya. Kemudian dia memasukkannya kembali ke dalam mulutnya dan menelan air liur itu, perbuatannya tidak membatalkan puasa kerana air liur pada lidah tidak terpisah daripada lidahnya.
Permasalahan haid dengan haji/umrah :
-
Datang haid ketika berniat ihram. Boleh mandi sunat ihram, boleh berniat untuk ihram sekalipun dalam keadaan tidak suci.
-
Datang haid selepas berniat ihram. Dibenarkan melakukan semua kerja haji dan umrah kecuali tawaf. Wanita yang datang haid ketika di Makkah dibolehkan melakukan zikir, bertahmid, tahlil dan takbir serta talbiyah.
-
Mengerjakan haji tamattuk dan datang haid sebelum tawaf. Jika wanita memilih melakukan haji tamattuk kemudian datang haid sebelum tawaf umrah dan dibimbangi luput haji, dia boleh niat ihram haji berserta umrah (Qiran). Dengan itu, dia bertukar daripada haji tamattuk kepada haji Qiran. Ini pandangan majoriti fuqaha. Wajib bayar dam.
-
Haid selepas wukuf dan tawaf rukun. Jika wanita datang haid selepas wukuf di Arafah dan selepas tawaf rukun sedangkan haidnya tidak suci sehingga hampir hendak pulang ke tanah air, dia tidak perlu tawaf Wida dan tidak dikenakan dam.
Bagi wanita yang datang haid atau nifas ketika hendak melakukan umrah, sampai ke Miqat dia boleh berniat ihram umrah kemudian mengucap talbiyah sehingga sampai ke Makkah.
Apabila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci.
Apabila suci hendaklah mandi wajib, kemudian hendaklah tawaf di Kaabah tujuh keliling, kemudian saie antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Selepas itu bergunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya. Umrah itu sah dan tidak dikenakan dam. (Muhamamad al-Ajami, Al-Umrah : 21)
Bagi wanita yang haid/nifas ketika haji, sampai ke Miqat dia boleh berniat ihram haji (Ifrad) kemudian mengucap talbiyah sehingga sampai ke Makkah. Apabila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci.
Apabila suci hendaklah mandi wajib, kemudian tawaf (selamat datang) di Kaabah tujuh keliling, kemudian tunggu hari berangkat ke Arafah untuk melakukan wukuf. Selepas itu lakukanlah amalan wajib dan rukun haji seperti biasa. Haji itu sah dan tidak dikenakan dam.
Wanita berihram di Miqat, kemudian datang haid atau nifas selepas ihramnya itu, dia terus berada di dalam ihramnya dengan erti tidak boleh melakukan perkara dilarang dan tidak boleh tawaf sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf umrah tujuh keliling dan saie umrah tujuh kali.
Kemudian menggunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya itu dan halal baginya melakukan segala yang dilarang ketika ihram. Umrah sah dan tidak dikenakan dam.
Perempuan berihram di Miqat (Tamattuk dan niat haji di Tanah Haram), kemudian datang haid atau nifas selepas ihram, dia terus berada di dalam ihramnya dengan erti tidak boleh melakukan perkara dilarang dan boleh melakukan amalan lain seperti wukuf, bermalam di Muzdalifah, bermalam dan melontar di Mina serta bergunting. Tidak boleh tawaf rukun sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf haji tujuh keliling dan saie haji tujuh kali. Haji itu sah dan tidak dikenakan dam.
Jika wanita itu datang haid ketika tawaf, hendaklah cepat-cepat keluar dari tempat tawaf dan pakailah tuala wanita dan terus berada di dalam ihramnya sehingga suci dan mandi wajib. Kemudian tawaf, saie. Ditambah dengan bergunting (jika umrah). Dengan itu bebaslah daripada ihramnya.
Apabila datang haid selepas tawaf dan sebelum saie, hendaklah memakai tuala wanita dan boleh melakukan saie tidak disyaratkan suci daripada hadas. Kemudian bergunting (jika umrah) dan bebas daripada ihramnya.
Jika datang haid selepas selesai mengerjakan umrah atau haji sebelum keluar dari Makkah, dia tidak boleh melakukan Tawaf Wada. Dia boleh pulang ke tanah air tanpa mengerjakan Tawaf Wada dan tidak dikenakan dam.
Apabila seseorang wanita hendak mengerjakan haji atau umrah dan bimbang kedatangan haid, dia boleh mengambil pil pencegah haid. Perbuatan ini harus mengikut ulama dan tidak salah.
Kefahaman masalah haid amat berguna dan menjadi fardu ain kepada setiap orang (khasnya wanita). Oleh itu, jika jemaah haji ada persoalan dalam masalah haid, haji atau umrah boleh rujuk kepada ustaz atau ustazah yang berada di maktab dan zon ketika berada di Tanah Suci.
Ia penting bagi menjadikan amalan haji dan umrah kita sempurna dan diterima Allah .
Penulis ialah Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji
Majlis Perpisahan
PPIK telah mengadakan majlis perpisahan tiga orang guru Kolej yang mendapat tawaran untuk berpindah…transfer ke Semenanjung.Tiga orang guru tersebut ialah Cikgu Alias Zakaria,Cikgu Jalina Lai dan juga Cikgu Siti Farhanah….semoga berbahagia di tempat yang baru…aku masih kekal kat kolej,permohonan untuk berpindah tak diluluskan…yang tambah tak best tu,isteri aku dapat transfer ke Kelate….aku masih kat Miri….jadi solo la sekejap jawabnya…Di samping majlis perpisahan dengan guru-guru,majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cederahati kepada AJK PPIK sesi lepas.
Antara gambar yang sempat disnap pada majlis tersebut:
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.