Upload File Guna MediaFire

Mediafire adalah sebuah laman web yang digunakan untuk upload file agar file tersebut boleh di muat turun (download) oleh orang lain. Bagaimana caranya?

1. Pergi kat http://www.mediafire.com

2. upload file to mediafire(click kat kotak hijau yang besar dimana tertulis upload file to media fire).

3. Pilih file yang hendak dimuat naik.

4. Apabila siap akan ada link untuk share jadi link tu lah yang digunakan untuk bagi kat siapa2 atau letak dalam forum atau blog untuk orang download file tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merentas Desa SMKRS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambutan Maulidur Rasul SMKRS

Majlis sambutan telah diadakan pada 18 Februari 2011 bersamaan 15 Rabiulawal 1432H bertempat di Dataran Setia SMKRS. Majlis yang dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W seterusnya diteruskan dengan Forum Maulidur Rasul yang dipengerusikan oleh Ustaz Tuan Haji Ibrahim b. Che Soh dengan ahli panel terdiri daripada Ustazah Nor Azizah bt. Mohd. Hassan dan Ustaz Tuan Haji Mohamad Saufi b. Ismail. Antara lain pihak moderator dan panelis telah menyingkap akan sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W selain menekankan akan cabaran masa kini yang perlu dihadapi oleh para pelajar dalam menghadapi dunia yang serba moden dan penuh cabaran. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 sikap buruk yg dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
—————————-
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
———————
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahli Syurga,Ahli Neraka

SIAPA mahu jadi calon neraka? Tiada siapa mahu. Soalnya, betul ke kita tidak mahu nak jadi calon neraka? Cuba teliti fenomena semasa yang melanda masyarakat kita. Pelbagai gejala negatif terjadi seperti buang bayi, rogol, samun dan derhaka kepada ibu bapa yang menjadi sajian media saban hari.

Aduh..! banyaknya yang tidak kena dengan manusia sekarang. Inilah yang dimaksudkan manusia seakan-akan menempah tiket ke neraka dengan melakukan perbuatan keji yang bukan saja bertentangan adat norma masyarakat, malah sangat dikutuk Allah. Segala peringatan Allah dan wasiat Rasulullah saw dipinggirkan begitu saja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS