Antara adab-adab menuntut ilmu adalah seperti berikut:
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.
11. Tanya guru dengan adab dan bukan niat menyindir.
12. Menjaga adab-adab dalam agama seperti ihtirom (hormat), khusyuk (konsentrasi), sabar dan lain-lain. Jika yang mengajar dan belajar berlawanan jenis, maka harus menjaga adab komunikasi dan sebagainya.
13. Sebarang kemusykilan atau inginkan sebarang pertolongan, tanyalah di kala dan waktu yang sepatutnya dan bukannya di waktu-waktu yang memungkinkan ketidaksesuaian masa kerana sebagai seorang guru akan tetap sedaya upaya ingin membantu , memberi dan mengajar tak kira masa. Maka haruslah lebih peka dan bertimbangrasa.
14. Jika pengajar atau mereka yang anda minta bantuan lambat memberikan jawapan atau sesuatu ‘ilmu’, anda perlu bersabar. Jangan berkata belakang, mengumpat atau mengeluh, jika tidak, mungkin ilmu yang mereka berikan tak berguna untuk anda
15. Tidak menghebahkan cacat-cela dan kekurangan guru/pengajar tadi. Simpan elok-elok keburukan mereka, dan berdoalah kepada Allah agar kekurangan mereka itu diganti dengan kebaikan. Ketahuilah, mereka pun manusia biasa!
16. Hormatilah ilmu walaupun ia secebis ayat yang mudah. Tapi jika anda perhatikan sekarang, begitu banyak ilmu yang mudah kita dapat, tapi satu pun tak memberi hasil kepada kita, kenapa? Itulah jawapannya, tidak ‘menghormati’ ilmu..
17. Jika anda menuntut ilmu dan kemudian anda merasakan anda lebih tahu, lantas anda merendah-rendahkan orang itu, ketahuilah, secara tidak langsung anda merendah-rendahkan ilmu yang dimilikinya. Anda telah menghina ilmu. Tahukah anda? Ilmu yang manusia ketahui adalah milik dan dari Allah? Tidakkah berat kesalahannya jika kita menghina ilmu yang bernilai itu??
18. Bersabar dengan ‘guru’ anda atau dengan mereka yang anda minta bantuan. Jika cara atau ‘tindakan’ mereka tidak bagus atau kurang disukai oleh diri anda, bersabarlah
0 comments:
Post a Comment