Gelang Magnet

Gelang bermagnet yang didakwa dapat membaiki kesihatan pemakainya dari segi saintifik banyak diperkatakan akhir-akhir ini.Ada sesetengah ahli agama yang membenarkan memakai gelang tersebut dengan syarat terbukti dari segi kajian saintifik bahawa ia bermanfaat kepada kesihatan dan terbukti keberkesanannya dan ada pula yang melarangnya,dengan kata lain mengharamkan bagi lelaki memakainya walaupun bertujuan untuk perubatan.

Saya pernah bertanya seorang pensyarah di KIAS Kelantan tentang perkara tersebut,beliau berpendapat bahawa amalan tersebut iaitu lelaki yang memakai gelang walaupun bertujuan untuk perubatan adalah HARAM dengan alasan:

1.Menyerupai perempuan

2.Menyerupai bangsa/agama Sikh

3.Menyerupai golongan yang ‘Asi dan derhaka kepada Allah

Orang Islam dilarang untuk menyerupai golongan-golongan yang disebutkan diatas.

Namun ada juga berpendapat bahawa HARUS memakai gelang untuk perubatan tersebut denga syarat memenuhi empat syarat.Pendapat ini seperti yang dinyatakan oleh ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.
Syarat-syarat tersebut:

1)pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,
2)pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
3)gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.
4)jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Sama juga apa yang dinyatakan oleh Panel Kemusykilan Agama JAKIM dlm laman webnya(http://baheis.islam.gov.my). Mereka berpendapat bahawa HARUS bagi lelaki memakai gelang untuk perubatan.

Oleh itu,tepuk dada tanya iman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: