Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya akan runtuhlah (putus) tali simpulan Islam satu demi satu. Maka setiap kali putus tali yang satu, manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam (perundangan Islam) dan terakhir ialah solat.
Sesungguhnya, benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. itu jelas kita rasai sekarang. Permulaanya dengan keruntuhan hukum Islam ataupun perundangan Islam pada 23 Disember 1876,Turki didalang oleh Midhat Pasha ( Perdana Menteri Turki ), kemudian sistem pemerintahan Islam ( Khilafah ) pada 3 Mac 1924 oleh Kamal Atartuk . Dan sekarang ini kita menuju keruntuhan hukum-hukum syarak yang lainnya, selangkah demi selangkah dan yang terakhirnya ialah SOLAT.
Umat Islam sekarang sedang merungkai ikatan Islam yang terakhir iaitu solat. Fenomena tidak bersembahyang bukan lagi sesuatu yang asing. Bukan sahaja golongan muda dan remaja yang tidak bersembahyang bahkan orang dewasa juga ramai yang tidak solat. Mendirikan sembahyang berhubung kait dengan biah ( persekitaran ), masyarakat dan negara.
Suasana yang ada pada hari ini tidak mendorong rakyat mendirikan sembahyang. Seruan dan ajakan kepada bersembahyang terlalu lemah berbanding godaan dan bisikkan supaya mengabaikan sembahyang. Walau pun seruan azan berkumandang di mana-mana di seluruh pelusuk negara, tetapi umat Islam yang menyahut dan ke masjid terlalu sedikit. Bilangan yang solat di rumah juga tidak ramai. Ini adalah kerana panggilan duniawi terlalu kuat dan magnetik.
Gejala tidak sembahyang ini betambah parah apabila kerajaan sendiri menganjurkan dan membenarkan pelbagai program yang menjauhkan masyarakat daripada sembahyang. Hiburan yang terlalu banyak dan diberi tempat yang istimewa sehingga menusuk ke jantung hati rakyat. Kerajaan juga begitu bersungguh – sungguh dengan program sukan tanpa solat. Mereka yang menjadi juara, diangap wira negara tonggak kecemerlangan dan terbilang berbanding seorang guru yang mendidik anak bangsa mengenal jatidiri serta kebenaran dan kebatilan.
Maka lahirlah golongan remaja yang hatinya kosong daripada solat. Program pendidikan , pembangunan dan ekonomi serta sosial yang dibangunkan adalah tanpa solat. Masyarakat sentiasa disogokkan oleh kerajaan dengan pembangunan , kemajuan dan kehidupan serba mewah. Media massa menggambarkan seolah-olah negara serba maju dan gemilang. Semua kemajuan dan kemewahan perlu dibayar oleh rakyat. Cukai , kenaikan harga minyak dan barangan keperluan benar-benar mendesak rakyat supaya memaksimakan masa mereka dengan berkerja bagi mencukupkan keperluan.
Masa yang sepatutnya diluang untuk ibadat, keluarga dan pendidikan telah diragut oleh pekerjaan bagi memenuhi keperluan hidup. Realiti masyarakat bandar keluar ke tempat kerja sebelum subuh dan pulang selepas isya adalah lumrah. Manakala masyarakat kampung dan pekan kecil terpaksa mempunyai dua pekerjaan bagi kecukupan hidup. Pelajar –pelajar juga menghambat waktu. Pagi ke sekolah, waktu petang pula kelas tambahan dan malamnya bergelut dengan tution kerana memenuhi keinginan ibubapa dan pihak sekolah untuk mencapai kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.
Walaupun masa mendirikan solat sangat pendek, lebih kurang lima hingga sepuluh minit sahaja, tetapi apabila seluruh perhatian, akal, hati dan perasaan ditumpukan kepada perkara lain maka umat Islam akan lalai daripada solat. Firman Allah bemaksud.
Orang-orang yang kami berikan kuasa ( pemerintah ) di atas muka bumi, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan bagi Allah sahajalah kembali segala urusan ( Al Haj - 41 )
Pemerintah bukan sahaja mendirikan sembahyang secara peribadi bahkan hendaklah menyuruh rakyatnya bersembahyang dengan kuasanya. Kerajaan sepatutnya mengawal tumpuan rakyat supaya seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Segala sistem , perundangan, dan nilai sosial mestilah menjurus kepada keharmonian dan keseimbangan jasadiah dan ruhiyyah. Konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran hendaklah disuburkan. Diantaranya ialah menyediakan suasana masyarakat yang kondusif terhadap solat.
Bukan sahaja sekadar menyediakan tempat sembahyang yang selesa bahkan rakyat perlu sentiasa disuburkan dengan jiwa cintakan solat. Pendidikan dan pelaksanaan sembahyang hendaklah diberi keutamaam dalam kurikulum sekolah. Masyarakat perlu dipupuk supaya mencintai ilmu. Peranan institusi pendidikan samaada formal atau tidak perlu dilebarkan. Konsep menjadi pelajar sepanjang hayat mesti dijana oleh kerajaan. Masyarakat madani yang maju adalah masyarakat berilmu.
Kempen mendirikan solat perlu digerakkan melalui media massa utama. Ini akan memberi kesedaran Islam kepada yang lalai. Peranan mengajak rakyat mendirikan sembahyang tidak harus tertentu kepada ustaz, imam dan bilal sahaja, bahkan merata kepada setiap anggota masyarakat. Peniaga dan pedagang berperanan di pasar dan kedai. Pemimpin masyarakat perlu menyeru setiap anggota masyarakat kampung dan bandar. Pegawai mengerahkan setiap kakitanganya dan mereka yang dibawah pengaruhnya bersama-sama mendirikan solat. Ibubapa pula sentiasa menyuruh keluarganya mendirikan solat sebagaimana firman Allah:Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail;
Sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan adalah dia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya! - S. Maryam ( 54 & 55 )
Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. - S. Taha 132
Jika semuanya berperanan dengan sepatutnya maka akan lahirlah kerajaan dan rakyat yang mendirikan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah.
Segala perkara mungkar dan elemen yang melalaikan umat daripada solat dan kebajikan hendaklah dilenyapkan. Kerajaan hendaklah mengawal dan menghalang program hiburan melulu dan lain-lain agenda yang tidak menjurus kepada pembangunan modal insan soleh. Semua pusat-pusat maksiat yang menjauhkan umat daripada solat hendaklah ditutup. Media massa dan internet perlu ditapis dan dikawal dari bahan-bahan yang merosakkan aqidah, akhlaq dan minda. Dadah, arak dan yang seumpamanya perlu dibasmi ke akar umbi. Budaya ‘tidak apa’ dengan kejahilan perlu diperbetulkan semula.

0 comments:
Post a Comment