Ular Oh Ular

Beberapa hari yang lepas,rumahku dimasuki ular…ular apa ntah,tak pasti…kelam kabut aku menghalaunya kerana ular yang masuk ke dalam rumah tidak boleh terus dibunuh..bimbang-bimbang ia bukan ular sebenar tapi jelmaan jin..(anda boleh rujuk berkenaan dengan menangani ular yang masuk ke dalam rumah di blog sahabat saya, Al-Fadhil Ustaz Muzaha al-Kelantani, http://ceritaabi.blogspot.com/ ) . Selepas berjaya menghalau ular tersebut,terfikir aku seketika,ular yang kecil sebegitu pun sudah kelam kabut aku menghalaunya,ada perasaan bimbang,takut dipatuknya dan sebagainya…walhal,bila mati nanti,kalau mati dalam keadaan yang tidak diredhai Allah,pastinya ular yang amat besar dan berbisa menanti di dalam kubur tanpa dapat dihalau lagi.Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.

Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”

Sungguh dahsyat bukan…Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:

Empat yang MESTI DILAZIMI ialah

1.Menjaga sembahyang lima waktu

2.Banyak bersedekah

3.Banyak membaca al-quran

4.Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang MESTI DITINGGALKAN ialah:

1.Dusta

2.Kianat

3.Mengadu Domba(batu api)

4.Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: “Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: