Semua orang tahu, bulan Ogos ini bulan Merdeka. Bahang menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan begitu terasa pada detik-detik ini. Banyak program yang dilaksanakan untuk meniup dan menyuntik semangat patriotik dalam diri rakyat negara ini. Bulan Ogos ini menuntut setiap individu bergelar rakyat Malaysia supaya menzahirkan perasaan cintakan tanah air atau patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.Memadaikah dengan mengibar Jalur Gemilang pada kereta atau rumah sebagai manifestasi patriotisme untuk membuktikan seseorang itu berjiwa patriotik dan memahami erti sebuah kemerdekaan?
Semangat patriotik yang perkasa, perlu diserlahkan oleh setiap rakyat yang mengaku telah memiliki jiwa yang merdeka. Dalam suasana negara yang telah merdeka dari aspek fizikalnya, ketahanan dalam diri perlu diperkukuhkan bagi menangkis pengaruh yang tidak sepadan dengan agama dan budaya kita. Budaya yang kita miliki mesti dipertahankan dengan suntikan nilai-nilai jati diri,dimantapkan lagi dengan keimanan yang teguh di dalam diri.Ini penting agar kita tidak terpengaruh dengan budaya yang boleh memusnahkan erti kemerdekaan yang kita kecapi sekarang.
Sebagai menyahut seruan agar bulan kemerdekaan ini disambut dengan sepatutnya,Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang pagi tadi mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan temanya Perpaduan Teras Kejayaan.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 9.25 pagi.Antara pengisian pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ialah deklamasi sajak yang disampaikan oleh adik Adzharye Johari dan persembahan koir lagu-lagu patriotik oleh Pasukan Bulan Sabit Merah.Majlis ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang guru dan pelajar dari SMK Subis.
0 comments:
Post a Comment