Semalam aku mendapat makluman tentang seorang sahabat mendapat baby perempuan....tarikh lahir yang cantik....20.08.2008.Sekalung tahniah kepada Ustaz Nik Syazmizi dan isteri di atas anugerah Allah SWT tersebut (gambar sebelah hanya sekadar hiasan)
Seketika aku termenung, termenung mengenangkan yang aku juga pernah mendapat baby perempuan..dua orang baby perempuan..namun perbezaan aku dan sahabatku itu,dia dapat melihat babynya merengek,dapat mendengar babynya menangis tapi aku...............dua orang babyku itu tidak melalui itu semua.....kedua-duanya dilahirkan tidak cukup bulan.....anak pertamaku yang aku namakan Nur Syifa' Sufiah dilahirkan selepas enam bulan berada di dalam kandungan isteriku (2005),manakala anak keduaku,Nur Syifa' Syahdina,selepas lima bulan setengah dalam kandungan ibunya(2006).Namun aku tabah menerima semua itu kerana aku tahu,Allah tidak akan menzalimi aku,dan mustahil bagi Allah mentakdirkan sesuatu itu berlaku tanpa ada hikmahnya.
Pagi tadi aku mengajak isteriku ke pusara anak-anakku itu untuk melawat,lagi pun sudah lama kami tak ke sana kerana sibuk dengan urusan masing-masing.
Ini la pusara anak-anakku...sanaltaqi fi jannati ana wa anti ya benti..Insyaallah.
Semoga kita semua termasuk dalam orang mukmin yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam sabda baginda yang mafhumnya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya" ( Riwayat Muslim)
0 comments:
Post a Comment