Sepanjang saya menuntut ilmu di Bumi Anbia’,Mesir..diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di sana. Bila diselidiki,ternyata amalan tersebut tiada dalam amalan Rasulullah . Amalan membaca Yaa Sin sebanyak 3 kali dengan niat tertentu pada malam Nisfu Syaaban ini sudah sebati dengan amalan sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini dan saya rasa untuk memperbetulkan semula keadaan ini memang agak susah dan silap gayanya,akan difitnah dan dikatakan dengan perkara yang tidak sepatutnya..sahabat saya pernah dimaki kerana memaklumkan perkara ini
Pembaca blog ini mesti faham,bukanlah menjadi kesalahan kerana membaca Yaa Sin tersebut walhal kita boleh membaca surah Yasin sebanyak yang mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Namun,daripada lepak kat rumah,menonton sukan olimpik,merayau kat pasaraya dan sebagainya,jomlah kita ramai-ramai ke surau atau masjid untuk sama-sama membaca Yaa Sin secara berjemaah,cuma niatkan hanya kerana Allah Taala,dapat la jugak pahala,pahala membaca kalam Allah yang Maha Agung..setiap huruf diberi pahala dan ganjaran.Wallahu a’lam bis sawab.
0 comments:
Post a Comment