Assalamualaikum wbt.
Selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung Randau Ruai @ http://razzyy.com. Semoga tuan/puan berada dalam keberkatan dan kerahmatan daripada Allah sepanjang masa terutamanya di hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah, setelah hampir sebulan umat Islam berpuasa , seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi. Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan sanak saudara di Kelantan secara khususnya.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah. Setelah kembali kepada fitrah selepas berakhirnya Ramadhan, jadikanlah segala amalan baik di bulan tersebut sebagai amalan seharian kita selepas ini. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung di hari akhirat kelak,amin.
Marilah kita bersama bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Lupakan sengketa lama, rapatkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama muslim.

Kepada sahabat handai dan pelajar-pelajar Kolej TDT Hj Bujang,jemput la beraya kat rumah kami di alamat 3522 Jln Taman Delight Utama,Taman Delight,Miri...dekat dengan airport....jangan hari raya pertama dah la,kami nak gi beraya...hehehe...

KULLU AM WA ANTUM BIKHOIR
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
HAPPY HARI RAYA
......................................................................
Gambar sekitar Iftar Jama'i Kolej di Surau al-Hidayah
0 comments:
Post a Comment