"Banjir di Kelantan dan Terengganu kembali buruk dengan jumlah korban meningkat apabila seorang kanak-kanak lemas, manakala seorang pelajar pula hilang.
Mayat Nur Amalia Ayob, 11, ditemui selepas dia tergelincir ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu manakala pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Meranti, Salman Hakimi, pula belum ditemui apabila dihanyutkan air di Kampung Kubang Pak Itam, Pasir Mas petang semalam.
Sabtu lalu, Nik Zulkifli Nik Kob, 25, menjadi korban pertama banjir di Kelantan setelah terjatuh di Sungai Sokor, Tanah Merah ketika memukat ikan. " Kosmo
Bila aku mendengar berita seperti ini...dapat aku bayangkan macamana perasaan ibu bapa atau keluarga mangsa dalam menghadapi suasana itu....keluh kesah dan sedih penuh debaran dalam menanti berita ahli keluarga yang dihanyutkan arus atau lemas di dalam sungai tersebut...keadaan ini juga pernah berlaku dalam keluarga aku...dalam tahun 2003...adik bongsu aku yang berusia 3 tahun dihanyutkan oleh arus sungai yang berada tak jauh dari rumah aku dan dijumpai dua hari selepas itu...begitu juga peristiwa dua orang pelajarku yang lemas semasa mengikuti program sekolah di Taman Negara Similajau awal tahun lalu....peristiwa yang lain pula,kawan baik aku semasa belajar di Mesir dulu mati lemas ketika berkelah di air terjun terkenal di Terengganu pada tahun lepas....sungguh hebat dugaan yang diberikan oleh Allah...namun aku percaya,semuanya redha dan pasrah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah...Insyaallah.Begitulah hebatnya 'amukan' air yang pada masa yang sama kita sendiri pun amat memerlukannya untuk kehidupan kita...Tentu masih segar lagi dalam ingatan kita semua,amukan Tsunami yang meragut ratusan ribu nyawa manusia suatu ketika dulu...yang menyebabkan kemusnahan yang tidak terduga...pendek kata,kalau api dikatakan...masa kecil menjadi kawan...masa besar menjadi lawan...air pun apa kurangnya...walaupun masa kecil dan besar menjadi kawan,silap gayanya,menjadi lawan(merbahaya)
0 comments:
Post a Comment