Kelebihan solat berjamaah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw, Abdullah b Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda," Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik (afdhal) mutunya daripada solat bersendirian"
-(Riwayat Malik Wal Bukhari Wa Muslim Wa Tarmizi)
Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keredhaan Allah swt, dengan hanya berusaha dan berkorban lebih sedikit.Oleh itu marilah sama-sama kita merebut keuntungan-keuntungan yang dijanjikan Allah swt,di akhirat nanti. Janganlah hendaknya kita dilalaikan dengan tidak solat berjemaah seperti di masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah kita.
0 comments:
Post a Comment