Demi Masa

IMG_0570 Esok dah nak buka sekolah...kertas ujian masih banyak lagi untuk disemak...masa cuti hari tu,buat slamber saja kat kertas ujian ni...maklum la cuti...hari ni aku pulun habis-habisan menyemak kertas ujian pelajar Form 3 ,ujian Mock 3 yang belum habis...nasib baik la aku mengajar kat kolej,sekolah rancangan khas(SRK),yang pelajarnya boleh la dikategorikan sebagai pandai...so cara mereka jawab pun okey,lebih kurang macam skema...senang la tugas aku nak memeriksa skrip jawapan mereka...bagi sahabat2 yg mengajar di sekolah yang pelajarnya beraneka ragam dan pelbagai lapisan tahap kepintarannya tentu "jeles" ngan aku...aku agak aje la...heheheh... namun dalam kesibukan itu,aku luangkan jugak la menulis kat blog aku ni...


china-wholesale-rolex-watch-rol35Kali ini kita bicarakan tentang penggunaan masa setiap hari yang kita lalui.Setiap orang diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam,tak lebih tak kurang...yang bezanya cuma cara menguruskannya..Pepatah ada menyebut bahawa masa itu ibarat emas manakala Saidina Ali Abu Talib mengibaratkan masa sebagai pedang yang seandainya kita tidak memotongnya,masa akan memotong kita. Begitu tinggi nilai yang diberi terhadap masa kerana ia tidak boleh ditukar ganti, dibeli mahupun dikembalikan sekiranya ia berlalu.Oleh itu, sebagai manusia seandainya kita tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat ,natijahnya, kita akan mengalami kerugian besar kerana membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Firman Allah dalam surah al-Ashr yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". Satu lagi hadis ialah yang berkaitan dengan memanfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara. Ia merujuk kepada soal jangan menangguhkan sesuatu aktiviti yang selaras dengan tujuan hidup semasa masih ada kesempatan (masa), kekuatan (tenaga), sumber (harta), umur dan nyawa. Misalnya, jangan menunggu tua untuk beribadat, kerana ibadat adalah soal yang dinamik dan progresif sifatnya. Ia memerlukan tenaga.Hadis ini juga sebenarnya adalah motivasi agar kita tidak bertangguh kerja atau tugasan. Lemah pengurusan masa menyebabkan seseorang dibelenggu tekanan kerja, keadaan dan individu berkaitan, sekali gus menjejaskan keceriaan dan kesihatan.

pr0004Maksud menguruskan masa dengan baik dan berkesan itu terbahagi dua. Pertama, mampu menggunakan masa untuk melakukan perkara yang betul.Kedua, perkara yang betul itu mampu pula kita lakukan dengan cara yang betul.

Berapa kerapkah kita memuhasabah dan mem'post-mortem' masa-masa yang telah kita lalui sehari semalam ini.Apakah perkara berfaedah dan berkebajikan lebih banyak,atau perkara lagha dan maksiat yang lebih banyak...atau mungkin masa kita banyak dihabiskan di depan kaca televisyen atau sebagainya.Dihabiskan di depan tv,atau main games?....aku percaya ramai umat Islam sekarang dihanyutkan dengan dua perkara ini...sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Fadhil Ustaz Muzaha dalam blognya,bahawa umat Islam sekarang dilalaikan oleh musuh Islam dengan 4 S,iaitu sport, song, seks dan skrin..Oleh kerana masa bergerak seiring dengan kehidupan,tidak kira kehidupan itu dirancang dengan perkara-perkara berfaedah atau sebaliknya maka beruntunglah orang yang bijak mengatur masa dan sentiasa berhati-hati dengan pergerakan masa yang secara sunnahnya tidak akan berulang semula. Kerana itulah Islam mengajar umatnya agar menghargai dan merancang masa dengan sebaik mungkin.Oleh itu,sama-sama la kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya agar tidak rugi di dunia dan akhirat

"Rasulullah bersabda: Berhati-hati dengan lima perkara sebelum datang lima perkara:

  • hidup sebelum mati,

  • muda sebelum tua,

  • sihat sebelum sakit,

  • lapang sebelum sibuk,

  • dan kaya sebelum miskin."






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: