Sesekali aku terkenang

newborn Semalam aku mendapat makluman tentang seorang sahabat mendapat baby perempuan....tarikh lahir yang cantik....20.08.2008.Sekalung tahniah kepada Ustaz Nik Syazmizi dan isteri di atas anugerah Allah SWT tersebut (gambar sebelah hanya sekadar hiasan)

Seketika aku termenung, termenung mengenangkan yang aku juga pernah mendapat baby perempuan..dua orang baby perempuan..namun perbezaan aku dan sahabatku itu,dia dapat melihat babynya merengek,dapat mendengar babynya menangis tapi aku...............dua orang babyku itu tidak melalui itu semua.....kedua-duanya dilahirkan tidak cukup bulan.....anak pertamaku yang aku namakan Nur Syifa' Sufiah dilahirkan selepas enam bulan berada di dalam kandungan isteriku (2005),manakala anak keduaku,Nur Syifa' Syahdina,selepas lima bulan setengah dalam kandungan ibunya(2006).Namun aku tabah menerima semua itu kerana aku tahu,Allah tidak akan menzalimi aku,dan mustahil bagi Allah mentakdirkan sesuatu itu berlaku tanpa ada hikmahnya.

Pagi tadi aku mengajak isteriku ke pusara anak-anakku itu untuk melawat,lagi pun sudah lama kami tak ke sana kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

kubur

Ini la pusara anak-anakku...sanaltaqi fi jannati ana wa anti ya benti..Insyaallah.

Semoga kita semua termasuk dalam orang mukmin yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam sabda baginda yang mafhumnya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya" ( Riwayat Muslim)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konsert Amal Merdeka

Memang hebat persembahan yang disampaikan oleh Abang Nazrey Johani,Devotees dan Ustaz Akhwan Afandi pada malam Konsert Amal Merdeka. YB. Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari B Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan Sarawak turut menghadiri Konsert Amal ini dan sudi menyumbangkan derma sebanyak RM10,000 kepada Yayasan Amal,Unit Miri bagi melancarkan lagi aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.Terima Kasih YB Dato Sri.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki,namun secara keseluruhannya,Konsert Amal ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kehadiran para penonton juga agak memuaskan.Rugi siapa yang tidak datang menonton Konsert Amal malam tadi...hehehe.Selain dari nyayian nasyid yang disampaikan oleh artis-artis tersebut, terdapat juga satu pentomin atau sketsa yang disampaikan oleh adik-adik dari Universiti Curtin,Miri...memang best...menceritakan tentang anak muda selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan yang hanyut dibuai arus yang tidak sepatutnya,dibandingkan dengan semangat membara dalam jiwa anak-anak muda zaman menentang penjajah.

IMG_0520 IMG_0522

IMG_0525 IMG_0526

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nisfu Syaaban

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Sepanjang saya menuntut ilmu di Bumi Anbia’,Mesir..diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di sana. Bila diselidiki,ternyata amalan tersebut tiada dalam amalan Rasulullah . Amalan membaca Yaa Sin sebanyak 3 kali dengan niat tertentu pada malam Nisfu Syaaban ini sudah sebati dengan amalan sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini dan saya rasa untuk memperbetulkan semula keadaan ini memang agak susah dan silap gayanya,akan difitnah dan dikatakan dengan perkara yang tidak sepatutnya..sahabat saya pernah dimaki kerana memaklumkan perkara ini

Pembaca blog ini mesti faham,bukanlah menjadi kesalahan kerana membaca Yaa Sin tersebut walhal kita boleh membaca surah Yasin sebanyak yang mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Namun,daripada lepak kat rumah,menonton sukan olimpik,merayau kat pasaraya dan sebagainya,jomlah kita ramai-ramai ke surau atau masjid untuk sama-sama membaca Yaa Sin secara berjemaah,cuma niatkan hanya kerana Allah Taala,dapat la jugak pahala,pahala membaca kalam Allah yang Maha Agung..setiap huruf diberi pahala dan ganjaran.Wallahu a’lam bis sawab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Larian Amal

Acara Karnival Amal Merdeka yang pertama iaitu Larian Amal berjaya diadakan pagi tadi.Hampir 200 orang peserta yang merangkumi empat kategori iaitu remaja lelaki,remaja perempuan,dewasa lelaki dan dewasa perempuan telah mengambil bahagian dalam Larian Amal ini.Pelbagai bangsa dan agama yang menyertai acara ini.Saya dimaklumkan,ini merupakan satu rekod baru penyertaan paling ramai dalam acara larian di Miri.Satu perkembangan yang amat membanggakan pihak penganjur.Majlis pagi tadi dirasmikan oleh Pegawai Daerah Miri.

Tempat pertama yang memenangi acara ini mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300,tempat kedua RM200 dan tempat ketiga RM100 setiap kategori,manakala sepuluh hadiah saguhati bernilai RM50 tunai.Selain itu juga,majlis diserikan juga dengan cabutan bertuah dan persembahan nasyid yang disampaikan oleh adik-adik dari ILP Miri.

Derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan sempena Larian Amal ini.

IMG_0504 IMG_0505

IMG_0506 IMG_0507

IMG_0508 IMG_0516

IMG_0512 IMG_0513

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Semua orang tahu, bulan Ogos ini bulan Merdeka. Bahang menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan begitu terasa pada detik-detik ini. Banyak program yang dilaksanakan untuk meniup dan menyuntik semangat patriotik dalam diri rakyat negara ini. Bulan Ogos ini menuntut setiap individu bergelar rakyat Malaysia supaya menzahirkan perasaan cintakan tanah air atau patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.Memadaikah dengan mengibar Jalur Gemilang pada kereta atau rumah sebagai manifestasi patriotisme untuk membuktikan seseorang itu berjiwa patriotik dan memahami erti sebuah kemerdekaan?

Semangat patriotik yang perkasa, perlu diserlahkan oleh setiap rakyat yang mengaku telah memiliki jiwa yang merdeka. Dalam suasana negara yang telah merdeka dari aspek fizikalnya, ketahanan dalam diri perlu diperkukuhkan bagi menangkis pengaruh yang tidak sepadan dengan agama dan budaya kita. Budaya yang kita miliki mesti dipertahankan dengan suntikan nilai-nilai jati diri,dimantapkan lagi dengan keimanan yang teguh di dalam diri.Ini penting agar kita tidak terpengaruh dengan budaya yang boleh memusnahkan erti kemerdekaan yang kita kecapi sekarang.

Sebagai menyahut seruan agar bulan kemerdekaan ini disambut dengan sepatutnya,Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang pagi tadi mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan temanya Perpaduan Teras Kejayaan.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 9.25 pagi.Antara pengisian pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ialah deklamasi sajak yang disampaikan oleh adik Adzharye Johari dan persembahan koir lagu-lagu patriotik oleh Pasukan Bulan Sabit Merah.Majlis ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang guru dan pelajar dari SMK Subis.

IMG_0498 IMG_0499

IMG_0500 IMG_0502

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri-ciri Pelajar Gagal

1.Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2.Tidak bermotivasi.

3.Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4.Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5.Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6.Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7.Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perkara yang tidak baik.

8.Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9.Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

10.Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar.

11.Tidak boleh berdikari.

12.Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

13.Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

14,Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

15.Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

16.Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran tapi sanggup menghabiskan wang untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran.

17.Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

18.Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

19.Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

20.Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

21.Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

22.Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

23.Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muktamar Sanawi

Al-Hamdulillah,PPIK berjaya mengadakan Muktamar Sanawi dengan jayanya.Kehadiran guru dan pelajar begitu membanggakan.Mungkin kerana diberi nafas baru dengan menggunakan Muktamar Sanawi.Antara yang memberi ucapan pada Muktamar Sanawi ialah Azizul Hafiz (Presiden PPIK 07/08),Ustaz Mohamad Razi (Wakil Guru Penasihat PPIK) dan Pengetua Kolej TDT Hj Bujang.

Di dalam majlis ini juga,AJK Tertinggi PPIK 07/08 telah memberi “watikah perlantikan” kepada AJK Tertinggi PPIK 08/09 yang baru dalam suasana yang ceria dan penuh harmoni.Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK PPIK 07/08 yang telah banyak membantu guru penasihat dan Panitia Pendidikan Islam dalam menjayakan banyak program yang dirancang.Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang diberikan.

Gambar-gambar sekitar Muktamar Sanawi PPIK08.

ppik ppik2

ppik4 ppik5

ppik6 ppik7

ppik8 ppik9

ppik10 ppik12

ppik13 ppik14

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS