Segelintir kaum Hawa mempertikaikan tentang urusan menutup aurat antara lelaki dan perempuan.Mengapa kaum Hawa lebih banyak yang perlu ditutup sedangkan kaum Adam hanya antara pusat dan lutut sahaja.Pendek kata,kaum Hawa tidak boleh itu dan ini kalau nak dibandingkan dengan kaum Adam.Untuk merungkaikan persoalan itu,saya sediakan di sini jawapan yang dihuraikan oleh Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman di dalam laman web beliau(www.zaharuddin.net).Semoga mendapat kekuatan iman untuk memenuhi tuntutan agama berkaitan dengan aurat ini.
{”Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?” Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
“Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? ” Tanya saya membalas.
“Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi” Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
“Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?” Soal saya mengajaknya berfikir.
“Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz” katanya.
“Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya” Jelas saya sedikit panjang.
“Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa” katanya sambil mengangguk.
“Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?” Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
“Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim ” sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.
Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : “Mereka menanyakan kepadamu: “”Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”" Katakanlah: “”Dihalalkan bagimu yang baik-baik” ( Al-Maidah : 4)
Justeru, apa yang ‘neutral’ atau ‘harus’ hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :
إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها
Ertinya : “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya” ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )
Wanita dan Wangian
Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume’ sewaktu keluar dari rumahnya.
” Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz” Tanya seorang wanita kepada saya.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.
Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية
Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina” ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
“Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian” Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, tika itu…janganlah ia marahkan si lelaki tersebut.
Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas’, sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan’ , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta’an.
Nabi SAW pernah bersabda :
ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya” (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
Akhir kata ; Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah…pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..}