Lawatan Mahabbah

Pagi semalam aku ikut serta dalam program ziarah mahabbah ke rumah anak yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah,Tudan yang dianjurkan oleh gabungan Yayasan Amal,Unit Miri,Task Force dan SMK Sains,Miri.Tersentuh hati jugak la bila melihat adik-adik di sana.Antara pengisian dalam program ini ialah ucapan dari Pengerusi YAM unit miri,saudara Muhtar Suhaili,Pengerusi Task Force,Ustaz Ahmad Fauzi dan Pengetua SMK Sains,Pn Lily...Ceramah motivasi pula disampaikan oleh ustaz Roshaidin dr SK South,Miri. Adik-adik kat Kompleks Kebajikan ini memberi kerjasama yang baik semasa sesi ceramah...ditambah dengan gelak ketawa,senyum riang,terhibur dengan ceramah ustaz Roshaidin...

Antara photo-photo semasa lawatan:








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ambang Merdeka

Itu lah program hari ni...dari pagi hingga ke petang...boleh tahan la penatnya...Majlis Ambang Merdeka bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi...antara pengisian majlis ini ialah tayangan cerita pendek mengenai kemerdekaan,perutusan dari Pengarah Pelajaran,Menteri Pelajaran dan Yang Dipertuan Agong.Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para pelajar dan guru.

IMG_0572 IMG_0574

IMG_0576 IMG_0577

Selepas Ambang Merdeka,perjumpaan ibu bapa-guru-pelajar,perjumpaan tiga penjuru yang pada aku amat baik dan ibu bapa seharusnya memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.Perjumpaan ini berakhir lebih kurang pukul 1 petang.

Pukul 2.30 petang pulak,ibu bapa,guru dan pelajar ke Surau Al-Hidayah untuk menghadiri Majlis Tahlil Perdana sempena kemerdekaan.Tahlil Perdana ini merupakan acara tahunan Panitia Pendidikan Islam Kolej dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Kolej(PPIK).Aku diamanahkan untuk memimpin majlis Tahlil Perdana pada tahun ini.Al-Hamdulillah,majlis berjalan lancar.

IMG_0579 IMG_0580

IMG_0582 IMG_0583


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pencuri Oh Pencuri





Lady Bug Note From PagePlugins.com


b0205 Hari Rabu yg lalu, sekali lagi rumahku cuba untuk dipecah masuk oleh pencuri,nasib baik la jiran aku nampak dan "menghalaunya"...pencuri tu hanya sempat mengumpil pintu sahaja...gril masih elok...aku pun dah naik pening ngan pencuri ni...yang hebatnya pencuri ni,selamber aje parking kereta depan rumah aku..jam lebih kurang 2 petang...aku balik lewat sikit kerana ada urusan di pasar...biasanya dah ada kat rumah waktu tu...pencuri ni seorang perempuan dan seorang lelaki...yang lelaki menjalankan tugas kepencuriannya, manakala si perempuan pulak,tunggu dalam kereta...kereta kancil warna biru...inilah modus operandi mereka...jadi hati-hatilah kalau ternampak suspek spt itu bagi yang tinggal kat miri ni...Maklumat ni jiran aku yang beritahu.Terima kasih kepada jiran aku tersebut dan syukur kepada Allah Taala kerana menyelamatkan aku daripada kecurian.Malam tadi,berlaku pulak dah...tak jauh dari rumah aku...seorang pencuri dikejar oleh jiran-jiranku dengan cangkul dan seumpamanya kerana mencuri tong gas di perumahan tempat aku tinggal...yang hebatnya pencuri ni,seawal jam 10.00 malam dah jalankan tugas "kepencuriannya"..berani sungguh pencuri ni,tapi kena kejar dengan cangkul,lari lintang pukang la pulak...terus tinggalkan tong gas.

Bila gejala kecurian ni berleluasa dan bermaharajalela,boleh menjejaskan kebahagiaan dan keamanan hidup.Seringkali sahaja dihantui rasa takut dan bimbang.Patutlah dalam Islam, hukuman bagi si pencuri ni potong tangan,tak kira pencuri lelaki atau perempuan....memang patut pun...

pr0001Itu kisah pencuri yang menyusahkan hidup manusia lain...namun ada juga pencuri yang secara tersembunyi mencuri,tak kira dia tu seorang ahli agama atau pun tidak...cuba muhasabah diri kita...adakah diri kita ini termasuk dalam senarai seorang pencuri....iaitu mencuri dalam solat...Tahukah anda,apakah yang dimaksudkan dengan mencuri dalam solat.Cuba hayati hadis ini..

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya.

So...fikir-fikirkanlah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demi Masa

IMG_0570 Esok dah nak buka sekolah...kertas ujian masih banyak lagi untuk disemak...masa cuti hari tu,buat slamber saja kat kertas ujian ni...maklum la cuti...hari ni aku pulun habis-habisan menyemak kertas ujian pelajar Form 3 ,ujian Mock 3 yang belum habis...nasib baik la aku mengajar kat kolej,sekolah rancangan khas(SRK),yang pelajarnya boleh la dikategorikan sebagai pandai...so cara mereka jawab pun okey,lebih kurang macam skema...senang la tugas aku nak memeriksa skrip jawapan mereka...bagi sahabat2 yg mengajar di sekolah yang pelajarnya beraneka ragam dan pelbagai lapisan tahap kepintarannya tentu "jeles" ngan aku...aku agak aje la...heheheh... namun dalam kesibukan itu,aku luangkan jugak la menulis kat blog aku ni...


china-wholesale-rolex-watch-rol35Kali ini kita bicarakan tentang penggunaan masa setiap hari yang kita lalui.Setiap orang diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam,tak lebih tak kurang...yang bezanya cuma cara menguruskannya..Pepatah ada menyebut bahawa masa itu ibarat emas manakala Saidina Ali Abu Talib mengibaratkan masa sebagai pedang yang seandainya kita tidak memotongnya,masa akan memotong kita. Begitu tinggi nilai yang diberi terhadap masa kerana ia tidak boleh ditukar ganti, dibeli mahupun dikembalikan sekiranya ia berlalu.Oleh itu, sebagai manusia seandainya kita tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat ,natijahnya, kita akan mengalami kerugian besar kerana membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Firman Allah dalam surah al-Ashr yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". Satu lagi hadis ialah yang berkaitan dengan memanfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara. Ia merujuk kepada soal jangan menangguhkan sesuatu aktiviti yang selaras dengan tujuan hidup semasa masih ada kesempatan (masa), kekuatan (tenaga), sumber (harta), umur dan nyawa. Misalnya, jangan menunggu tua untuk beribadat, kerana ibadat adalah soal yang dinamik dan progresif sifatnya. Ia memerlukan tenaga.Hadis ini juga sebenarnya adalah motivasi agar kita tidak bertangguh kerja atau tugasan. Lemah pengurusan masa menyebabkan seseorang dibelenggu tekanan kerja, keadaan dan individu berkaitan, sekali gus menjejaskan keceriaan dan kesihatan.

pr0004Maksud menguruskan masa dengan baik dan berkesan itu terbahagi dua. Pertama, mampu menggunakan masa untuk melakukan perkara yang betul.Kedua, perkara yang betul itu mampu pula kita lakukan dengan cara yang betul.

Berapa kerapkah kita memuhasabah dan mem'post-mortem' masa-masa yang telah kita lalui sehari semalam ini.Apakah perkara berfaedah dan berkebajikan lebih banyak,atau perkara lagha dan maksiat yang lebih banyak...atau mungkin masa kita banyak dihabiskan di depan kaca televisyen atau sebagainya.Dihabiskan di depan tv,atau main games?....aku percaya ramai umat Islam sekarang dihanyutkan dengan dua perkara ini...sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Fadhil Ustaz Muzaha dalam blognya,bahawa umat Islam sekarang dilalaikan oleh musuh Islam dengan 4 S,iaitu sport, song, seks dan skrin..Oleh kerana masa bergerak seiring dengan kehidupan,tidak kira kehidupan itu dirancang dengan perkara-perkara berfaedah atau sebaliknya maka beruntunglah orang yang bijak mengatur masa dan sentiasa berhati-hati dengan pergerakan masa yang secara sunnahnya tidak akan berulang semula. Kerana itulah Islam mengajar umatnya agar menghargai dan merancang masa dengan sebaik mungkin.Oleh itu,sama-sama la kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya agar tidak rugi di dunia dan akhirat

"Rasulullah bersabda: Berhati-hati dengan lima perkara sebelum datang lima perkara:

  • hidup sebelum mati,

  • muda sebelum tua,

  • sihat sebelum sakit,

  • lapang sebelum sibuk,

  • dan kaya sebelum miskin."






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Nabi Isa


Banyak kisah Nabi Isa dan ibu kesayangan baginda,Maryam.Antara yang pernah aku dengar dari orang alim yang menyampaikan ilmu ialah kisah tentang perbualan Nabi Isa dan ibu kesayangan,Maryam selepas kewafatan Maryam yang menggambarkan tentang sakitnya semasa menghadapi sakaratul maut,saat-saat kematian.Nabi Muhammad,kekasih Allah,makhluk paling mulia disisi Allah pun merasai juga betapa hebatnya sakaratul maut,padahal menurut Jibril,itulah cara yang paling lembut semasa proses bercerainya roh dari jasad seseorang.Cuba bayangkan,bagaimana sakitnya sakaratulmaut bagi mereka yang banyak dosa dan hidup penuh penderhakaan kepada Allah.Oleh itu,aku berpesan kepada diriku dan para pembaca artikel ini,selalulah kita berdoa kepada Allah agar diringankan dan dipermudahkan semasa sakaratul maut "warohmatan indal maut"

Diceritakan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam: “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?”
Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama dengan ibunya menuju ke Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan meminum air hujan.
Setelah sekian lama Nabi Isa as dan ibunya Maryam tinggal di Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa as turun dari gunung untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua. Setelah Nabi Isa as turun maka datanglah malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata: “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.”
Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata Maryam: “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengar suaramu!”
Kemudian Malaikat Maut berkata: “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik dia anak kecil, orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa.”
Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Maut itu maka Maryam berkata: “Wahai malaikat maut, adakah kedatangan kamu ini untuk menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?”
Lalu berkata Malaikat Maut: “Wahai Maryam, kedatangan aku adalah untuk mencabut rohmu.”
Apabila Maryam mengetahui bahawa Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawanya maka berkata Maryam: “Wahai Malaikat Maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku pulang, kerana dia yang menjadi buah indah mataku, yang menjadi anak kasih sayangku, yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”
Malaikat Maut pun menjelaskan perintahnya dengan berkata: “Wahai Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut kehendak kamu, aku ini hanyalah hamba yang diperintah.
Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor nyamuk kalau aku tidak diperintahkan, sesungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan walau satu saat pun untuk mencabut rohmu di tempat ini.”
Setelah Maryam mendengar penjelasan dari malaikat maut maka dengan hati yang ikhlas Maryam berkata: “Wahai
malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah SWT, oleh itu kamu laksanakanlah perintah itu dengan segera”
Malaikat Maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan pula di masa itu Nabi Isa as lambat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as naik ke atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa as menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan meletakkan dekat ibunya lalu beliau berdiri mengadap kiblat.
Setelah sekian lama maka beliau pun memanggil ibunya: “Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah, mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan yang Maha Pengasih?”
Nabi Isa as menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata; “Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan?” Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya tidak makan apa-apapun walaupun 2/3 malam telah berlalu.
Nabi Isa as memanggil lagi ibunya: “Assalamualaiki yaa ummaahu?” Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya tidak bangun lagi maka beliau pun menghampiri ibunya, lalu beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dan meletakkan mulutnya pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata: “Assalamualaiki yaa Ummaahu,” malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih.
Setelah Nabi Isa as berkata demikian maka menangislah para malaikat di langit dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah SWT wahyukan kepada para malaikat yang bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”
Maka berkata para malaikat: “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui.”
Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Kasih Sayang.”
Setelah itu dengan tiba-tiba kedengaran satu suara yang berbunyi: “Wahai Isa as angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipat gandakan pahalamu.”
Sebaik sahaja Nabi Isa as mendengar suara tersebut maka baginda pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku di waktu aku sunyi dan di waktu aku menangis, dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku.”
Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung yang bermaksud: “Wahai gunung nasihatilah Rohku (Isa as).”
Setelah gunung menerima wahyu maka berkatalah gunung: “Wahai Roh Allah (Isa as) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”
Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata gunung maka turunlah beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata Nabi Isa as: “Assalamualaikum yaa Bani Israil.”
Apabila kaum Bani Israil melihat ada orang memberi salam maka mereka pun berkata: “Siapakah kamu ini wahai hamba Allah? Cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah-rumah kami.”
Lalu Nabi Isa as berkata: “Aku adalah Isa as, ibuku telah meninggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandi, mengafankan dan memakamkan ibuku.”
Maka berkata kaum Bani Israil: “Wahai Isa as, di atas gunung itu terlampau banyak ular yang besar-besar dan bermacam-macam ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun.”
Setelah Nabi Isa as mendapati bahawa mereka tidak mahu menolongnya maka baginda pun naik semula ke atas gunung, sebaik sahaja baginda naik maka baginda terpandang ada dua pemuda yang sangat cantik rupa parasnya, lalu Nabi Isa as memberi salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.
Kemudian Nabi Isa as berkata: “Wahai pemuda, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia oleh itu aku mohon kepada kamu berdua supaya dapat menolong aku untuk menguruskannya.”
Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu: “Aku ini sebenarnya adalah Malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi ialah Malaikat Jibril.”
Kemudian Malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang dibawanya dengan berkata: “Ini adalah ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu. Dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu.”
Setelah Malaikat Mikail berkata demikian maka Malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja memandikan mengafan dilakukan oleh para bidadari, dan setelah selesai disolatkan maka mereka bertiga pun mengkebumikan dalam kubur.
Setelah selesai maka Nabi Isa as pun berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia berkata sesuatu kepadaku.”
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa as yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya.”
Setelah Nabi Isa as menerima wahyu dari Allah SWT maka baginda pun pergi ke kubur ibunya lalu berkata: “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu (Tuhanku).”
Berkata ibunya: “Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat kembali, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa dia telah menerimaku dengan rela.”
Berkata Nabi Isa as: “Wahai ibu bagaimana rasa sakitnya ketika mati?”
Berkata Ibu Nabi Isa as: “Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai Nabi dengan sebenar- benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa Malaikat Maut belum lagi hilang dari pandangan mataku; alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti Sekolah+Kahwin


Pada musim cuti sekolah ini ,ramai pasangan yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan kerana inilah masa yang sangat sesuai kerana semua saudara mara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa. Cikgu-cikgu pun cuti,bebas dari karenah pelajar dan beban tugas yang memeritkan jiwa.Bagi yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti ini, Randau Ruai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan “Selamat Pengantin Baru”...lebih-lebih lagi kepada seorang guru perempuan dari Kolej TDT Hj Bujang.

Di kesempatan kali ini,disenaraikan di sini hadis-hadis dan ayat al-Quran tentang perkahwinan yang boleh memberi perangsang kepada pemuda dan pemudi agar mempercepatkan proses pernikahan seberapa segera yang mungkin.

01.Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

07. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
10. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

11 Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

12. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

Allah berfirman yang bermaksud:
01. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

02. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

03. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
04. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

05. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

06. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

07 Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempua
puan kamu. (An-Nissa: 23)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesekali aku terkenang

newborn Semalam aku mendapat makluman tentang seorang sahabat mendapat baby perempuan....tarikh lahir yang cantik....20.08.2008.Sekalung tahniah kepada Ustaz Nik Syazmizi dan isteri di atas anugerah Allah SWT tersebut (gambar sebelah hanya sekadar hiasan)

Seketika aku termenung, termenung mengenangkan yang aku juga pernah mendapat baby perempuan..dua orang baby perempuan..namun perbezaan aku dan sahabatku itu,dia dapat melihat babynya merengek,dapat mendengar babynya menangis tapi aku...............dua orang babyku itu tidak melalui itu semua.....kedua-duanya dilahirkan tidak cukup bulan.....anak pertamaku yang aku namakan Nur Syifa' Sufiah dilahirkan selepas enam bulan berada di dalam kandungan isteriku (2005),manakala anak keduaku,Nur Syifa' Syahdina,selepas lima bulan setengah dalam kandungan ibunya(2006).Namun aku tabah menerima semua itu kerana aku tahu,Allah tidak akan menzalimi aku,dan mustahil bagi Allah mentakdirkan sesuatu itu berlaku tanpa ada hikmahnya.

Pagi tadi aku mengajak isteriku ke pusara anak-anakku itu untuk melawat,lagi pun sudah lama kami tak ke sana kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

kubur

Ini la pusara anak-anakku...sanaltaqi fi jannati ana wa anti ya benti..Insyaallah.

Semoga kita semua termasuk dalam orang mukmin yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam sabda baginda yang mafhumnya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya" ( Riwayat Muslim)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konsert Amal Merdeka

Memang hebat persembahan yang disampaikan oleh Abang Nazrey Johani,Devotees dan Ustaz Akhwan Afandi pada malam Konsert Amal Merdeka. YB. Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari B Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan Sarawak turut menghadiri Konsert Amal ini dan sudi menyumbangkan derma sebanyak RM10,000 kepada Yayasan Amal,Unit Miri bagi melancarkan lagi aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.Terima Kasih YB Dato Sri.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki,namun secara keseluruhannya,Konsert Amal ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kehadiran para penonton juga agak memuaskan.Rugi siapa yang tidak datang menonton Konsert Amal malam tadi...hehehe.Selain dari nyayian nasyid yang disampaikan oleh artis-artis tersebut, terdapat juga satu pentomin atau sketsa yang disampaikan oleh adik-adik dari Universiti Curtin,Miri...memang best...menceritakan tentang anak muda selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan yang hanyut dibuai arus yang tidak sepatutnya,dibandingkan dengan semangat membara dalam jiwa anak-anak muda zaman menentang penjajah.

IMG_0520 IMG_0522

IMG_0525 IMG_0526

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nisfu Syaaban

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Sepanjang saya menuntut ilmu di Bumi Anbia’,Mesir..diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di sana. Bila diselidiki,ternyata amalan tersebut tiada dalam amalan Rasulullah . Amalan membaca Yaa Sin sebanyak 3 kali dengan niat tertentu pada malam Nisfu Syaaban ini sudah sebati dengan amalan sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini dan saya rasa untuk memperbetulkan semula keadaan ini memang agak susah dan silap gayanya,akan difitnah dan dikatakan dengan perkara yang tidak sepatutnya..sahabat saya pernah dimaki kerana memaklumkan perkara ini

Pembaca blog ini mesti faham,bukanlah menjadi kesalahan kerana membaca Yaa Sin tersebut walhal kita boleh membaca surah Yasin sebanyak yang mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Namun,daripada lepak kat rumah,menonton sukan olimpik,merayau kat pasaraya dan sebagainya,jomlah kita ramai-ramai ke surau atau masjid untuk sama-sama membaca Yaa Sin secara berjemaah,cuma niatkan hanya kerana Allah Taala,dapat la jugak pahala,pahala membaca kalam Allah yang Maha Agung..setiap huruf diberi pahala dan ganjaran.Wallahu a’lam bis sawab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Larian Amal

Acara Karnival Amal Merdeka yang pertama iaitu Larian Amal berjaya diadakan pagi tadi.Hampir 200 orang peserta yang merangkumi empat kategori iaitu remaja lelaki,remaja perempuan,dewasa lelaki dan dewasa perempuan telah mengambil bahagian dalam Larian Amal ini.Pelbagai bangsa dan agama yang menyertai acara ini.Saya dimaklumkan,ini merupakan satu rekod baru penyertaan paling ramai dalam acara larian di Miri.Satu perkembangan yang amat membanggakan pihak penganjur.Majlis pagi tadi dirasmikan oleh Pegawai Daerah Miri.

Tempat pertama yang memenangi acara ini mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300,tempat kedua RM200 dan tempat ketiga RM100 setiap kategori,manakala sepuluh hadiah saguhati bernilai RM50 tunai.Selain itu juga,majlis diserikan juga dengan cabutan bertuah dan persembahan nasyid yang disampaikan oleh adik-adik dari ILP Miri.

Derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan sempena Larian Amal ini.

IMG_0504 IMG_0505

IMG_0506 IMG_0507

IMG_0508 IMG_0516

IMG_0512 IMG_0513

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Semua orang tahu, bulan Ogos ini bulan Merdeka. Bahang menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan begitu terasa pada detik-detik ini. Banyak program yang dilaksanakan untuk meniup dan menyuntik semangat patriotik dalam diri rakyat negara ini. Bulan Ogos ini menuntut setiap individu bergelar rakyat Malaysia supaya menzahirkan perasaan cintakan tanah air atau patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.Memadaikah dengan mengibar Jalur Gemilang pada kereta atau rumah sebagai manifestasi patriotisme untuk membuktikan seseorang itu berjiwa patriotik dan memahami erti sebuah kemerdekaan?

Semangat patriotik yang perkasa, perlu diserlahkan oleh setiap rakyat yang mengaku telah memiliki jiwa yang merdeka. Dalam suasana negara yang telah merdeka dari aspek fizikalnya, ketahanan dalam diri perlu diperkukuhkan bagi menangkis pengaruh yang tidak sepadan dengan agama dan budaya kita. Budaya yang kita miliki mesti dipertahankan dengan suntikan nilai-nilai jati diri,dimantapkan lagi dengan keimanan yang teguh di dalam diri.Ini penting agar kita tidak terpengaruh dengan budaya yang boleh memusnahkan erti kemerdekaan yang kita kecapi sekarang.

Sebagai menyahut seruan agar bulan kemerdekaan ini disambut dengan sepatutnya,Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang pagi tadi mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan temanya Perpaduan Teras Kejayaan.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 9.25 pagi.Antara pengisian pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ialah deklamasi sajak yang disampaikan oleh adik Adzharye Johari dan persembahan koir lagu-lagu patriotik oleh Pasukan Bulan Sabit Merah.Majlis ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang guru dan pelajar dari SMK Subis.

IMG_0498 IMG_0499

IMG_0500 IMG_0502

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri-ciri Pelajar Gagal

1.Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2.Tidak bermotivasi.

3.Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4.Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5.Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6.Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7.Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perkara yang tidak baik.

8.Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9.Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

10.Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar.

11.Tidak boleh berdikari.

12.Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

13.Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

14,Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

15.Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

16.Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran tapi sanggup menghabiskan wang untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran.

17.Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

18.Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

19.Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

20.Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

21.Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

22.Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

23.Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muktamar Sanawi

Al-Hamdulillah,PPIK berjaya mengadakan Muktamar Sanawi dengan jayanya.Kehadiran guru dan pelajar begitu membanggakan.Mungkin kerana diberi nafas baru dengan menggunakan Muktamar Sanawi.Antara yang memberi ucapan pada Muktamar Sanawi ialah Azizul Hafiz (Presiden PPIK 07/08),Ustaz Mohamad Razi (Wakil Guru Penasihat PPIK) dan Pengetua Kolej TDT Hj Bujang.

Di dalam majlis ini juga,AJK Tertinggi PPIK 07/08 telah memberi “watikah perlantikan” kepada AJK Tertinggi PPIK 08/09 yang baru dalam suasana yang ceria dan penuh harmoni.Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK PPIK 07/08 yang telah banyak membantu guru penasihat dan Panitia Pendidikan Islam dalam menjayakan banyak program yang dirancang.Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang diberikan.

Gambar-gambar sekitar Muktamar Sanawi PPIK08.

ppik ppik2

ppik4 ppik5

ppik6 ppik7

ppik8 ppik9

ppik10 ppik12

ppik13 ppik14

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS